SEGERA Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari Meninggal Dunia






SELAYANG – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia jam 8.17 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Jenazah allahyarham dibawa balik ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Fauzi Shaari menyertai PDRM pada April 1975 .

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Sekolah Staf Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko ABRI) serta Diploma Sains Kepolisan.

Selepas bersara, Fauzi mengejutkan ramai pihak apabila menyertai Pas dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Datuk Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Lumut, Perak pada 20 Mei 2012.

Al-Fatihah.

Posting Komentar