Berasa Terhina Insiden Tempurung Lutut Farid Kamil Retak

Farid Kamil Rasa Terhina,

Farid Kamil yang mengalami kemalangan sewaktu menjayakan penggambaran filem Dampak pada berkata dia rasa seolah-olah seperti pergerakannya terhad dan tersekat serta tidak bebas daripada melakukan aktiviti fizikal, apatah lagi dalam meneruskan sebahagian penggambaran filem tersebut.

Beliau dikatakan terjatuh berguling di tangga kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar- mengejar. Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengenal pasti lututnya retak akibat hentakan kuat itu dan dia dinasihatkan untuk berehat daripada melakukan aktiviti fizikal dan perlu berkerusi roda sekurang-kurangnya 6 minggu hingga ia betul-betul sembuh.

Farid Kamil akui berasa terhina apabila dia terpaksa berkerusi roda selama 6 minggu selepas dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia mengalami keretakan pada tempurung kaki kirinya pada Isnin lalu.“Rasa terhina pula bila jadi begini. Sebab saya rasa sangat terikat serta tidak selesa apabila hanya boleh duduk sahaja dan tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada wartawan sebuah portal berita online.

Ketika kemalangan tersebut berlaku, Farid Kamil sedang menjalani penggambaran Dampak di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang, pada Isnin lalu. Disebabkan insiden itu, Farid berkata, dia tidak dapat meneruskan beberapa aksi yang perlu dilakukannya di dalam Dampak.

Akibat daripada insiden ini, produksi fiem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk menerusi baki babak-babak aksi yang melibatkan Farid. Selebihnya, dia terpaksa berlakon dengan cara duduk atau berdiri tegak sahaja dan tidak boleh berjalan langsung.

Sumber: Amboi Dot Com


Posting Komentar