Seram! Benarkah Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik Ini ‘Keras’


Banyak kisah seram melibatkan pengalaman memandu kereta di jalan lebuhraya semenanjung Malaysia. Antara kisah seram yang sering disebut-sebut adalah di Karak. Kisah dipercayai benar sehingga ada pihakmenerbitkan Filem Karak bagi mendapatkan gambaran sebenar. Kali ini pula adalah tentang cerita yang dialami olehsebuah keluarga yang berhadapan detik seram ketika melalui lebuhraya Bukit Grik. Adakah anda pernah merasai pengalaman seram di lebuhraya ini?
Pada 16-18 May 2008 kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku kecelakaan motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta untuk balik malam itu juga… Tetapi dalam perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dapat call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah… Allah lebih sayangkan dia… Al-Fatihah buat arwah… Jadi kami teruskan juga perjalanan ke Terengganu dengan hati yang tabah.
Setelah semuanya selesai, Ahad malam Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yang perlu disiapkan, dan kami bertolak dari Kuala Terengganu dalam 10.30 malam… Mula masuk Lebuhraya Bukit Grik dalam 1.30 pagi… dan sepanjang perjalanan, aku rasa macam biasa, cuma bini aku cakap dia pening dan rasa nak muntah..mungkin sebab jalan yang bengkang-bengkok.
Alhamdulillah, kami sampai ke Grik dlm kul 4.10 pagi, dan kami stop kat R&R sebab aku nak buat urusan kat toilet… Macam biasa aku lock kereta kalau aku tinggal sat anak bini aku, tapi alhamdulillah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm… Tiba-tiba kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas pi tengok kereta aku, tak ada apa2 berlaku…Then aku pi dapatkan bini aku, dia nampak mcm takut… Aku tanya kenapa?Dia kata ada orang lalu mundar-mandir depan kereta aku tu, tengok direct kat mereka dlm keta. Then, masa tu kereta aku berbunyi, tiba-tiba orang tu hilang…
So aku pujuk bini cakap maybe orang tu driver lorry dekat-dekat situ yang lepak sama…. Then kami teruskan perjalanan ke Penang… start nak masuk Lebuhraya baru Grik-Baling dalam pukul 4.30 pagi… Aku nampak kabus tebal… Rasa berat hati nak teruskan, ingat nak U-turn… jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jalan aku nak U-turn… Tapi bila terus…still takder lampu jalan, sebab bateri solar untuk lampu tu dah habis kot. So aku make desicion teruskan perjalanan…
Tiba-tiba aku rasa semacam jer… Then bini aku tiba-tiba macam terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut…Aku pun sama baca apa yg patut… Then aku rasa kereta aku macam berat… aku tekan minyak juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4… masa tu turun bukit! Korang bayangkan turun bukit guna gear 4 . Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit… Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit… Tapi ini turun bukit gear 4.
Alhamdulillah depan kami ada lori balak, rasa ringan semula… Bila aku dah overtake lori tu, tak lama aku rasa berat balik. Macam tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4…Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku…. Sepanjang nak keluar Lebuhraya tu nak sampai ke Baling, dalam 3-4 kali aku rasa macam tu. Kadang-kadang aku macam terasa nak tengok tepi cermin. Tapi bila tengok takder apa-apa.
Alhamdulillah, kami dpt kuar dari Lebuhraya tu dan sampai ke Baling… Then takder rasa apa-apa. Lepas tu ada bukit-bukit nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5….
Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku cakap kat bini aku… (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-kot kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ…) Lepas aku cakap kat bini aku, barulah bini aku rasa beban yg dia rasa tadi hilang tiba-tiba… rasa lega.
Kami selamat sampai rumah kat Seberang Jaya dalam pukul 7.30 pagi… itu pun aku sempat lagi pi beli nasi kandar kat Jalil bagan… Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku… Bini aku cakap, masa perjalanan nak ke Kuala Terengganu pun dah ada nampak benda pelik… Dia nampak macam orang tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia.
Then masa nak balik ke Penang, still orang yang sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat Highway Grik Baling tu orang tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dengan beranikan diri buat tak tahu jer… Kuat juga bini aku. Tahniah!
Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga…Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat… Dia ada nampak macam benda putih follow kereta kami… Nauzhubillah..! Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah….Then kami cerita benda tu kat family kat kampung, adik ipar aku yang sorang tu cerita, dalam bulan lepas, member dia terbabas kereta kat Highway Baling Grik sebab rasa benda yang sama.. kereta rasa berat, then lost control terbabas… Dia kata kami Alhamdulillah kuat juga dapat lawan….
Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu Highway Baling grik tu, kalau boleh jangan lewat sangat. Tunggu sat kat Pekan Grik tu…dah masuk subuh, baru la boleh tempoh jln tu… Tapi kalau kuat, belasah jer…
Wallahu’alam….
Sumber KisahBest

GAMIS ZON Timur protes besar besaran terhadap Najib

  kerengga 

A.S
Lebih kurang 350 mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Zon Timur yang mewakili GAMIS Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan telah mengadakan satu protes besar-besaran terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Dato’ Seri Najib yang menghadiri mesyuarat tertutup bersama Kompenen Barisan Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu telah menerima tamparan hebat apabila mahasiswa menanti di luar dengan pelbagai sepanduk yang menyatakan protes terhadap kepimpinan beliau dan Barisan Nasional.

Mahasiswa yang dilihat memenuhi kawasan luar pagar Ri-Yaz Heritage sejak jam 4.20 minit petang telah berhimpun lebih kurang 1 jam setengah menanti Perdana Menteri keluar dari kawasan resort berkenaan. Namun Perdana Menteri dilihat masih tidak mahu keluar dari resort berkenaan walaupun mesyuarat telah pun sedia tamat 5.00 petang dan dilihat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu telah meninggalkan kawasan resort seorang demi seorang.
Sepanjang himpunan protes berkenaan, pemuda-pemuda UMNO kampung Pulau Duyong melakukan provokasi dengan menyerang beberapa pimpinan mahasiswa. Pegawai polis pula cuba meleraikan himpunan protes agar mahasiswa bersurai tanpa diberi izin bersemuka dengan Dato Seri Najib Tun Razak.

Akhir sekali, ketakutan Najib Tun Razak begitu terserlah apabila hampir jam 6.00 petang beliau keluar dengan rombongan keretanya di dalam keadaan trak polis, pegawai polis dan orang kampung dengan bendera-bendera Barisan Nasional menjadi benteng penghalang untuk menuntup sepanduk-sepanduk yang dibawa mahasiswa untuk tidak dilihat oleh Najib Tun Razak. Walau bagaimana pun, rombongan kereta PM Malaysia diiringi dengan laugan ‘Hidup Mahasiswa’ oleh mahasiswa yang berkumpul di luar perkarangan Ri-Yaz Heritage..
Presiden GAMIS, Muhamad Azan Safar yang mengetuai himpunan protes tersebut berkata ketika diminta komentar, ‘Kita kesal kerana permohonan kita hanya satu, untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum terhadap kegagalan beberapa urustadbir kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Tapi nampak PM terlalu takut dengan suara mahasiswa apabila untuk berjumpa dengan setiausaha khasnya pun, tidak diberikan keizinan,
-tranungkite-

Apa Itu Google Insight

Apa Itu Google Insight, Apa yang dimaksud dengan Google Insight? Bingung ya..? Disini saya akan menjelaskan cara kerja Google Insight dan fungsinya. Fungsi Google Insight adalah mengumpulkan keyword atau kata kunci populer yang saat ini dicari, atau yang lalu.

Cara kerja Google Insight bisa di tanyakan langsung ke pemilik Google Insight. Lantas apa itu Google Insight? Google Insight adalah sebuh situs penyedia keyword populer saat ini dan sebelumnya. Bila anda tertaring untuk memanfaatkan Google Insight, maka anda bisa menuju ke www.google.com/insights/search/

Namun bila anda ingin mencari kata-kata populer yang banyak di cari pengunjung internet maka alangkah baiknya anda mencoba menggunakan situs penyedia keyword terpopuler seperti www.adwords.google.co.id/.

Nah cukup sampai disini penjelasan tentang Google Insight. Semoga artikel ini bisa menjadi referensi dan pengetahuan untuk anda. Terima kasih atas kunjungannya.

Budak Meninggal Dunia Malam Pertama Berkahwin


YAMAN – Seorang budak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman pada malam pertamanya selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang layak dipanggil bapa.

Lelaki itu berusia kira-kira 40 tahun dan perkahwinan mereka ditetapkan oleh keluarga.

Budak berkenaan yang hanya dikenali sebagai Rawan, meninggal dunia di kawasan pedalaman, Hardh, yang terletak bersempadan dengan Arab Saudi.

Susulan itu, aktivis menggesa supaya pengantin lelaki dan keluarga budak tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Penahanan berkenaan juga dapat menghentikan amalan perkahwinan paksa melibatkan kanak-kanak dengan lelaki tua di kawasan itu.

Dalam pada itu, seorang blogger yang dikenali sebagai Angry Man, menyelar lelaki berkenaan dan mahu dia dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

“Bukan pengantin lelaki itu sahaja, malah semua pihak yang turut serta mengatur perkahwinan itu sepatutnya dihukum,’’ katanya.

Seorang lagi blogger, Omar pula mengecam keluarga Rawan kerana tidak mempunyai sifat kemanusiaan.

Amalan perkahwinan melibatkan kanak-kanak semakin meluas di Yaman.

Ia bukan sahaja mendapat tentangan daripada aktivis tempatan malah aktivis dari luar negara juga menentangnya dan mereka mahu kerajaan menguatkuasa peraturan menghalang perkahwinan tersebut.

Hampir separuh daripada wanita di Yaman berkahwin pada usia muda iaitu sebelum 15 tahun.

Pada September 2010, seorang budak berusia 12 tahun meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa untuk melahirkan anak.

10 Toilet Terunik di Dunia

10 Toilet Terunik di Dunia - Toilet adalah tempat untuk membuang zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh. Toilet adalah salah satu tempat yang selalu kita kunjungi setiap hari. Bentuk toilet juga tidak terlalu bagus mengingat kegunaan dari toilet tersebut. 

Tetapi di beberapa negara,toilet di desain dengan bentuk unik sehingga membuat orang yang menggunakan toilet tersebut tampak nyaman dan betah untuk berlama-lama di toilet tersebut. Toilet di desain se-unik mungkin yang membuat suasana di toilet tampak berbeda. Ini dia 10 Toilet Terunik di Dunia




1. THE JOHN MICHAEL KOHLER ARTS CENTER RESTROOM, USA
Photobucket




2. SOCCER BALL SHAPED RESTROOM, KOREA
Photobucket




3. “POP UP” RESTROOM, UK
Photobucket




4. SEMI-TRANSPARENT TOILET, UK
Photobucket




5. THE “TOILET BAR” RESTROOM, AUSTRIA
Photobucket




6. WORLDS LARGEST RESTROOM, CHINA
Photobucket




7. 3-D GOLDSTORE, HONG KONG RESTROOM, CHINA
Photobucket




8. THE CHAMBER POT GALLERY RESTROOM, USA
Photobucket




9. SINGAPORE ZOO RESTROOM, SINGAPORE
Photobucket




10. THE JUNGLE JIMS RESTROOM, USA
Photobucket

Lagi lagi! Pelancung Diperkosa di India

  detikNews
 
New Delhi - Kes pemerkosaan kembali terjadi di India. Seorang wanita Ireland  diperkosa usai menghadiri pesta ulang tahun di rumah temannya.

Wanita berusia 21 tahun ini merupakan seorang pekerja amal di Kalkuta, India. Dia membuat melapor kepada polis  atas insiden yang dialaminya pada Sabtu (1/6) lalu waktu setempat.

Menurut wanita muda yang tidak disebut namanya ini, dia diperkosa dalam keadaan setengah sedar. Pelaku memberinya secangkir teh yang telah dicampur ubat bius. Pada Isnin (3/6) kemarin, polis  berhasil menangkap pelaku yang berusia 25 tahun. Pelaku merupakan seorang pengusaha tempatan.

"Kami percaya pelaku mencampur teh dengan ubat bius dan memperkosa wanita Ireland  tersebut," ujar polis  setempat, Subrata Dey kepada AFP, Selasa (4/6/2013).

Lebih lanjut, Subrata menjelaskan, mangsa merupakan mahasiswi teknikal asal Ireland  yang sengaja datang ke India untuk melakukan kerja sosial. Pasca melapor ke polis , korban menjalani pemeriksaan medis di rumah sakit setempat.

Menurut Subrata, pelaku dan mangsa baru kenal selama seminggu. Saat itu, mangsa sedang ada di pasar setempat dan bertemu dengan pelaku kemudian keduanya menjadi teman rapat. Pada Jumaet (31/5), pelaku sengaja membuat pesta ulang tahun untuk mangsa di kediamannya. Ternyata, pelaku memiliki tujuan lain dan terjadilah aksi bejat tersebut.

Kes ini semakin menambah panjang daftar kes pemerkosaan yang terjadi di India. Tidak sedikit wanita asing yang menjadi korban. Dampaknya, jumlah pelancung asing terutama wanita, menurun cukup drastis akibat kes semacam ini.

Pakatan yakin dapat 35 dari 60 kerusi Dun Sabah

Harakahdaily

Muhammad Faizal, 31 Dis 2012

(Lajim ketika bercakap dengan Harakahdaily semalam)

KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat Sabah yakin dapat menawan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Lajim Ukin berkeyakinan penuh selain dari 35 kerusi Dun, Pakatan Rakyat juga turut dapat memenangi 15 kerusi Parlimen di negeri itu.

"Saya berkeyakinan pada PRU13 nanti kita (Pakatan Rakyat) dapat memenangi 32 hingga 35 kerusi Dun dari 60 kerusi yang dipertandingkan dan membolehkan kita mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

"Selain itu juga 15 kerusi parlimen akan turut kita perolehi bagi membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Lajim yang dalam pada itu turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih mengganggapkan Sabah sebagai fixed deposit mereka pada pilihanraya nanti.

Malah jelas Lajim lagi, jika Najib yang masih berkeyakinan kenapa sehingga sekarang beliau masih belum yakin untuk membubar parlimen dan memberi laluan kepada PRU13.

"Ketika saya di dalam Majlis Tertinggi Umno sebelum ini, ada agensi melaporkan kedudukan Umno-BN di sabah adalah 52 peratus memihak kepada mereka, manakala 48 peratus pula kepada Pakatan Rakyat.

"Tetapi maklumat tersebut bercanggah dengan  apa yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan juga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menyatakan Barisan Nasional akan kalah di Sabah," katanya.

Tambah beliau atas sebab percanggahan maklumat itulah menyebabkan Najib dan juga pemimpin tertinggi Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri terpaksa berulang-alik ke Sabah untuk mencari undi mereka.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) juga memberitahu tiada sebab untuk rakyat Sabah menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Ini kerana Pakatan Rakyat yang mendahului Barisan Nasional dalam mendengari masalah dan penderitaan rakyat Sabah sebelum ini terutamanya dalam pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah dalam usaha meningkatkan kebajikan rakyat.

UFO Ditembak Jatuh di Kapustin Yar Kawasan Alien Rusia

Kalau kamu mengenal Roswell dan Area 51 di Amerika Serikat yang penuh kisah soal alien (khususnya UFO) maka Rusia pun juga punya kawasan serupa yang disebut Kapustin Yar.

UFO


Kapustin Yar (Капустин Яр) sebenarnya kawasan yang dibangun sejak 13 Mei 1946 sebagai pengujian roket dan senjata milik militer Soviet. Beberapa kali tempat ini juga jadi ajang uji coba nuklir selama tahun 1957 hingga 1961.

Masalahnya, ada banyak laporan kejadian aneh sehubungan dengan kemunculan pesawat asing atau UFO. Konon, pilot-pilot tempur Rusia sering memergoki keberadaan piring terbang di atas Kapustin Yar.

Misalnya kejadian tahun 1948, radar Soviet mendeteksi keberadaan pesawat tak dikenal. Mig 25 pun diterbangkan mengejar pesawat aneh tersebut. Pilot tempur melaporkan  pesawat asing ini bentuknya seperti cerutu dengan panjang sekitar 20 kaki dan tinggi 10 kaki. Ia juga disilaukan oleh sinar terang yang keluar dari pesawat cerutu tersebut.

Akhirnya pilot Mig 25 diijinkan menembak jatuh karena melawan. Dan memang berhasil ditembak jatuh di atas pegunungan Kaukasian. Disebutkan, tim yang dikirim berhasil memasuki kabin dan menemukan 3 mahluk alien, dua tewas sementara satu masih sekarat.

alien


Tim dokter berupaya menyelamatkan nyawa pilot piring terbang UFO namun gagal. Diidentifikasi, postur alien tersebut setinggi 3,5 sampai 4 kaki, kulitnya biru-kehijauan seperti reptil (mungkin sejenis kulit kadal). Tak berambut, matanya hitam serta jari tangannya panjang.

Penemuan UFO ini masuk dokumen rahasia dan dijaga sangat tertutup oleh KGB (sejenis agen rahasia Soviet) tak boleh bocor ke media. Namun akhirnya bocor juga oleh oknum militer Soviet yang disebarluaskan pada tiga penyelidik Anton Anfalov, Lenura Azizova dan Alexander Mosolov. 

kapustin yar


Bagaimanapun, kisah penembakan piring terbang UFO ini tetap jadi legenda sampai sekarang. Tiga orang penyelidik tadi hilang tak tahu rimbanya, tanpa diketahui secara pasti identitas mereka sebenarnya. 



sumber

Lautan kain hitam di protes anti Lynas di Kuantan


  • Leven Woon
  • malaysiakini Jun 21 2012
 
Lautan kain hitam akan berkibar di ruang udara perhimpunan Occupy Balok-Gebeng di pantai Balok di Pahang pada hari Sabtu ini dan  pihak penganjur sedang meningkat usaha untuk menyediakan sepanduk anti-Lynas menggunakan warna berkabung.

NONEKira-kira 500 sepanduk berwarna hitam dengan tulisan putih, akan
dipasang di pantai manakala ribuan kain hitam akan diagihkan kepada peserta untuk membuat sepanduk mereka sendiri, kata anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin (kanan).

"Kami mahu menghantar mesej bahawa ini adalah saat yang paling muram dan kritikal, memandangkan Lynas akan memulakan operasi. Kita tidak boleh tunggu lagi," kata Chin.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata satu pasukan 20 sukarelawan bekerja sepenuh masa untuk menyiapkan 500 sepanduk menjelang hari Sabtu ini.

Program membantah loji Lynas itu, akan bermula pada tengah hari
Sabtu. Banyak aktiviti disediakan termasuk dua konsert dan pameran
mengenai bekas tapak Bukit Merah Rare Earth (ARE) dan aktiviti perkhemahan.

PNONEemimpin NGO dan ahli politik, termasuk penyair dan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan seorang lagi pemimpin PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, akan berucap pada sesi ceramah.

Kemuncak pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.

Wong (bawah) berkata kumpulan artis dari Kuala Lumpur telah diminta supaya mengadakan sesi tersebut dan mereka masih mengumpul kotak berwarna coklat sebagai bahan untuk membuat replika Lamp.

NONESesi ini akan diikuti dengan perarakan 11km pada pagi Ahad, dari pantai Balok ke Lamp di Gebeng. Peserta dan orang ramai dijemput menyertainya dari mana-mana tempat di sepanjang laluan, dengan menggunakan sebarang bentuk pengangkutan.

Pihak penganjur berkata mereka telah memaklumkan kepada pihak polis dengan menghantar jadual perjalanan program mereka kepada balai polis Kuantan.

Foto Aneh Lelaki lelaki Berotot Menggunakan Dress

  13 September 2013
 
 (c) dailymail.co.uk
Tren foto aneh kembali muncul di dunia maya. Seperti tingkah para lelaki  yang menggunakan pakaian dan bergaya ala wanita ini. Namun mereka bukan menggunakan pakaian wanita sebenar.

Lelaki-lelaki ini sebenarnya sedang menggunakan pakaian sukan yang disulap menjadi gaun-gaun wanita. Tak cukup sampai di situ, mereka pun menggunakannya dan berpose sebagaimana para wanita yang memotret diri mereka dalam balutan gaun seksi.

(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Tren foto unik ini terjadi pada minggu malam, di mana sekitar 24 lelaki mendatangi kantor Reddit untuk membuat sesi foto unik tersebut. Salah seorang lelaki bahkan mengatakan bahawa dia perlu menjelaskan pada isterinya sebelum melakukan aksi yang cukup gila ini.

"Aku sudah menjelaskan pada isteriku bahawa aku melakukan ini hanya untuk berbagi idea bagaimana mengubah pakaian olahraga menjadi dress," ujarnya.

(c) dailymail.co.uk 
(c) dailymail.co.uk
Terang saja, bila melihat foto-foto mereka, mungkin orang akan salah sangka. Namun cukup menggelikan juga, melihat para lelaki berotot dengan gaun yang terbuka dan pose yang sangat genit nan centil.

Foto-foto ini dengan cepat menjadi perhatian  ramai orang. Mungkin bila pemotretan tutorial ini dilakukan oleh wanita, hanya akan menjadi tutorial fashion biasa. Namun kerana dilakukan oleh lelaki, kali ini tutorial tersebut menjadi nampak unik dan lucu. Ada-ada saja ya tingkah orang zaman sekarang.

Sumber:Vemale.com

Prediksi Juventus vs Inter Milan 4 November 2012

Prediksi Juventus vs Inter Milan. Jadwal Pertandingan Juventus vs Inter Milan. Tips Skor  Juventus vs Inter Milan. Minggu, 4 November 2012, pukul 02.45 WIB, Juventus Arena, Turin
Agen Bola – Fastbet99.net  Prediksi Juventus vs Inter Milan. Total 40 pertemuan kedua tim, Juventus tampil mendominasi dengan 17 kemenangan, 14 kali seri, dan 9 kali kalah dari Inter Milan.- Di pertandingan terakhir kedua tim, Juventus memenangkan pertandingan dengan skor 2-0, gol pada saat itu dicetak oleh Caceres, dan Del Piero.
- Di lima pertandingan terakhir Juventus, Juventus belum pernah merasakan kekalahan, mereka meraih empat kemenangan, dan satu kali seri.
- Sedangkan Inter Milan juga sedang dalam performa terbaik mereka, mereka belum pernah mengalami kekalahan di lima pertandingan terakhirnya, mereka selalu meraih kemenangan dan kemenangan terakhir mereka atas Sampdoria merupakan kemenangan ke-8 mereka secara beruntun.
- Di pertandingan terakhir Juventus, mereka meraih kemenangan atas Bologna dengan skor 2-1, dimana gol dicetak oleh Quagliarella, dan Pogba sebelum dibalas oleh Taider
- Sedangkan Inter Milan berhasil menang atas Sampdoria dengan skor 3-2, Gol di pertandingan tersebut dicetak oleh Munari, dan Eder bagi kubu Sampdoria sebelum dibalas oleh Milito, Palacio, dan Guarin.
- Juventus saat ini berada diposisi pertama dengan point 28 dari 10 pertandingan, mereka meraih 9 kemenangan, dan 1 kali dari 10 pertandingan tersebut.
- Sedangkan Inter Milan berada di bawah Juventus, yakni posisi ke-2 dengan point 24 dari 10 pertandingan, mereka meraih 8 kemenangan, dan 2 kali kalah.
- Juventus sejauh ini baru kemasukkan 5 gol, dan menjadi pertahanan terbaik sementara di Liga Italia, sedangkan Inter Milan telah kemasukkan 9 gol.
- Dalam urusan mencetak gol, Juventus dan Roma sama-sama telah mencetak 22 gol di Liga Italia dan menjadi tim tertajam di Liga Italia, Inter Milan sendiri baru berhasil mencetak 19 gol.
- Kemenangan atas Bologna dengan skor 2-1 membuat Juventus mempertahankan rekor 49 pertandingan tanpa terkalahkan di Liga Italia.
- Juventus dan Inter Milan sama-sama memiliki catatan yang baik di kandang maupun tandang, Juventus selalu meraih kemenangan di lima pertandingan terakhirnya, sedangkan Inter Milan juga selalu meraih kemenangan di lima pertandingan terakhir tandang mereka.

Head 2 Head :

26 Mar 2012 : Juventus 2-0 Inter Milan (Serie A)
30 Okt 2011 : Inter Milan 1-2 Juventus (Serie A)

5 Pertandingan terakhir Juventus :

1 Nov 2012 : Juventus 2-1 Bologna (Serie A)
28 Okt 2012 : Catania 0-1 Juventus (Serie A)
24 Okt 2012 : Nordsjaelland 1-1 Juventus (Liga Champion)
20 Okt 2012 : Juventus 2-0 Napoli (Serie A)
7 Okt 2012 : Siena 1-2 Juventus (Serie A)

5 Pertandingan terakhir Inter Milan :

1 Nov 2012 : Inter Milan 3-2 Sampdoria (Serie A)
28 Okt 2012 : Bologna 1-3 Inter Milan (Serie A)
26 Okt 2012 : Inter Milan 1-0 Partizan (Europa League)
21 Okt 2012 : Inter Milan 2-0 Catania (Serie A)
8 Okt 2012 : AC Milan 0-1 Inter Milan (Serie A)

Prediksi Juventus vs Inter Milan Starting XI :

Juventus :
Buffon
Barzagli – Bonucci – Chiellini
Lichsteiner – Marchisio – Pirlo – Vidal – Asamoah
Vucinic – Giovinco
Absen : -
Pelatih : A. Alessio
Inter Milan :
Handanovic
Ranocchia – Samuel – Juan
Zanetti – Gargano – Cambiasso – Mudingayi – Nagatomo
Milito – Palacio
Absen : Coutinho, Stankovic, Sneijder, Mariga
Pelatih : A. Strammacioni

Gambar blackout asli Wan Ahmad buat kenyataan palsu

Harakahdaily, 25 Mei 2013

(Gambar ini asli dan berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang di Saluran 3, kata Adun Seri Serdang)

SERDANG: Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad  kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang.

Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.

Menurut Noor Hanim (gambar), gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

"Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

Katanya, ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau (Wan Ahmad) bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

"Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.
"Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut," katanya.

Noor Hanim juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

"Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan," katanya.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon beliau juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

"Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas," katanya.

Isu Tafsir Al Quran Fathul sedia bersemuka Jui Meng

Fathul Bari

SHAH ALAM - Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya sedia bersemuka dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bagi menjelaskan maksud Surah Al-Imran ayat 64 dan Surah Al-Ankabut ayat 46.

Katanya tindakan itu supaya Jui Meng tidak terus terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran bagi mengelakkan salah faham berkenaan kalimah ALLAH.

“Mereka sebenarnya masih tidak faham konteks penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di negara kita. Saya sedia bertemu untuk memberi penjelasan.

“Beliau (Jui Meng) ini tidak faham mengenai tafsir ayat al-Quran itu, tapi mahu mengulas dengan mempersoalkan ayat tersebut dalam isu kalimah ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Jui Meng dalam status Twitternya memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

Mengulas lanjut, Fathul berkata tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH itu tidak boleh dipersoalkan sebaliknya cuba untuk menghormatinya.

“Tindakan mahkamah itu untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan umat Islam dan penganut lain berhubung kalimah ALLAH. Tambahan pula kita dapat mengelakkan gejala pluralisme yang cuba diserapkan pihak luar terhadap umat Islam.

“Jika mahkamah benarkan, dibimbangkan akan membawa kemudaratan kepada generasi muda terutamanya yang kurang bimbingan dan didikan agama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya orang bukan Islam supaya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah berkenaan kalimah ALLAH.

“Selama ini, tiada orang bukan Islam sibuk isu kalimah ALLAH, kita pun tidak tahu apa strategi dan perancangan mereka.

“Lebih baik mereka tidak campur tangan dalam isu ini,” katanya.

sumber: