FT Gegarkan Hard Rock KL 22 September Ini



BINTANG sensasi rock negara, Faizal Tahir bakal menggegarkan pentas Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 22 September ini dalam satu showcase bagi mempromosikan album ketiganya yang turut menggunakan judul namanya sendiri.

Selepas hampir tiga tahun tidak muncul dengan sebarang album atau lagu baru, penyanyi rock yang sering dikenali dengan gimik hebatnya di atas pentas ini akan mempersembahkan lagu-lagu seperti Bintang, Biar, Vortex dan pelbagai lagu lagi di atas pentas Hard Rock itu.

Inspirer #AF2013 ini tampil dengan album baru yang mana sedikit berlainan dari album-album terdahulu. Untuk album terbarunya ini, Faizal telah beralih ke genre ‘electronic rock’ yang mana agak asing bagi peminat yang sudah terbiasa dengan irama muzik Faizal Tahir. Bagaimanapun, Faizal masih lagi kekal bekerjasama dengan Audi Mok yang begitu sinonim dengan lagu-lagu hebat Faizal Tahir sebelum ini.

Pengurus Pemasaran Hard Rock Café Kuala Lumpur, Nor Esah Ghani berkata pihaknya sudah lama merancang untuk mengadakan showcase di Hard Rock Café dan merasa bangga apabila Faizal akan kembali membuat persembahan di situ.

Faizal Tahir juga dijangka akan membuat persembahan di Hard Rock Singapura pada November ini.

Bagi Faizal Tahir pula, persembahan itu adalah sangat penting buatnya kerana selain dapat mempromosikan album terbarunya, ini juga adalah peluang buatnya beramah mesra dengan peminat selepas tidak aktif dalam bidang seni buat seketika.

Faizal juga berkata yang secara peribadi, dia telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang pengtinjauanan album ini dan diharap ianya dapat mengtinjauankan respons positif dari peminat.

Peminat yang hadir ke showcase tersebut dapat membeli album terbaru Faizal Tahir pada harga istimewa selain berpeluang memiliki cenderahati eksklusif Faizal Tahir. Tiket untuk showcase tersebut berharga RM60 termasuk air minuman. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.hardrock.com/kualalumpur. – Murai

Posting Komentar