Saya Tak Buat Duit – Ning Baizura


Selesai sudah melancarkan harumannya yang diberi nama NING minggu lalu, di ketika ini diva Ning Baizura sedang sibuk membuat persiapan Konsert Pelangi Untukmu yang akan berlangsung 21 September ke 16 November depan. Kembali mempersiapkan diri dan mengetepikan segala andaian negatif mengenai penangguhan konsert itu, kata Ning dia kini sudah bersedia untuk beraksi.

Kesempatan bertemu tuan empunya badan baru-baru ini, Ning ternyata begitu teruja berkongsi serba sedikit mengenai persiapan persembahannya nanti.

Katanya, dia kembali mempersiapkan diri dan mengetepikan segala andaian negatif mengenai penangguhan konsert itu. Menjanjikan sesuatu yang luarbiasa dan terbaik, konsert kali ini cukup istimewa kerana dia bukan saja akan memberikan satu persembahan hebat malah dia mahu lebih intim dengan peminat-peminatnya.

Dalam pada itu Ning menegaskan, pihaknya langsung tidak mengambil untung atas penjualan tiket berharga RM50 dan RM75 untuk konsert yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen TM itu, sebaliknya tinjauan kutipan tiket akan digunakan untuk membayar kos teknikal sahaja.

“Konsert saya kali ni memang tak buat duit langsung. Tapi saya dedikasikan untuk peminat-peminat saya. Sebab itu kita hanya kenakan harga tiket yang saya kira murah namun saya janjikan persempabahan yang terbaik untuk mereka.

“Dimensi pentasnya nanti 360 darjah sekaligus memberi peluang kepada saya lebih rapat dan berinteraksi dengan peminat-peminat saya. Di mana-mana posisi pun mereka duduk, mereka masih boleh menyaksikan saya membuat persembahan tanpa halangan.

“Malah, dua minggu sebelum konsert saya akan mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi Sharif untuk melatih dan mencari kembali kekuatan vokal saya selepas dua tahun beraksi di pentas konsert besar,” katanya ketika di temui pada pelancaran wangiannya, NING, di ibu kota baru-baru ini.

Selain itu ibu kepada Ryan Sky Dalton ni memberitahu dia kini dalam proses menguruskan badan dan mengumpul stamina untuk

“Ada enam minggu lagi menjelang konsert, saya kini dalam proses menguruskan badan dan setiap hari akan ke gimnasium selama dua jam untuk mendapatkan bentuk badan yang saya inginkan.

“Selain itu, saya perlu lebih peka dan menjaga pemakanan dan sudah pasti diet ibu saya yang mengamalkan pengambilan sayuran menjadi panduan” ujarnya.

Konsert Pelangi Untukmu terbahagi kepada 3 segmen. Segmen pertama menggambarkan perjalanan Ning sebagai seorang penyanyi, anak, isteri dan juga ibu. Segmen kedua pula bercerota tentang dia dan anaknya, Ryan. Segmen terakhir berkisar kenangan lagu-lagu lama.

Tidak cukup dengan itu, Ning bakal menyanyikan kembali beberapa buah koleksi lagu lamanya yang akan diberikan nafas baharu yang sengaja dibikin khas bersama tiga buah lagu baharu untuk dimuatkan dalam album terbaharu berjudul Kekal.

“Sempena Konsert Pelangi Untukmu juga, saya telah menyiapkan sebuah album terbaharu, judulnya Kekal yang memuatkan 10 buah lagu-lagu lama saya serta tiga buah lagu baharu.

“Tiga buah lagu baharu itu, Bukan Wanita Sempurna, Pelangi Untukmu dan Embunan Bersinar digubah oleh Alvin Santiago serta komposer Indonesia, Ade Govinda”, terangnya. – Malaysian Digest

Posting Komentar