RM45 Juta Senjata Israel Dicuri


Tel Aviv – Tentera Israel kehilangan pelbagai peralatan senjata bernilai kira-kira NIS50 juta (RM45 juta) tahun lalu akibat dicuri.

Direktorat Logistik Dan Teknologi Tentera semalam, mereka menjangkakan jumlah kecurian itu akan meningkat lebih tinggi tahun ini. Agensi itu berkata sejumlah peluru berpandu antikereta kebal dicuri dari pangkalan Pasukan Pertahana Israel (IDF) di utara Israel tahun ini.

Selain itu, katanya, ribuan peluru dicuri dari gudang di Nebi Musa di padang pasir Judea, selain pencuri menyambung tiub sepanjang berpuluh-puluh meter untuk menyedut bahan api dari pangkalan Misgav di Negev.

IDF berkata, kecurian dari pangkalan tentera semakin menjadi-jadi. Kata agensi itu, pencuri menyelinap masuk ke pangkalan melalui pagar berkawal sebelum mencuri peralatan senjata, bahan letupan, besi, generator dan kenderaan. Menurut pegawai kanan direktorat itu, kebanyakan kecurian yang berlaku mendapat kerjasama anggota tentera di pangkalan terbabit.

“Barang itu dicuri untuk dijual,” katanya dalam satu kenyataan. Seorang lagi pegawai yang berkhidmat di direktorat operasi berkata, kecurian dilakukan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada prosedur tentera yang menyimpan bahan letupan serta peralatan asas di lokasi terpencil.

Berikutan itu, katanya, radar dipasang di beberapa pangkalan tentera untuk memantau pergerakan di gudang senjata dan tempat lain.

Laporan Pengawalan Negara 2011 menyatakan balaporan direktorat logistik dan teknologi tidak menggambarkan semua kehilangan peralatan senjata itu.

Menurut laporan logistik dan teknologi, pada 2007 kehilangan peralatan IDF bernilai NIS150 juta (RM137 juta) dengan sebanyak 95 senjata yang hilang.

Namun menurut angka polis dan tentera diperoleh media, sebanyak 156 senjata dicuri pada tahun itu. – Agensi

Posting Komentar