Fafau Kecewa Dengan Kenyataan Neelofa

Fara Fauzana Kecewa Dengan Kenyataan Neelofa?

Pengacara serta penyampai radio popular, Fara Fauzana diura-urakan berasa kecewa dengan kenyataan yang telah diberikan Neelofa kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini.
Fafau sempat menulis di laman sosial Twitter dengan mengatakan, “tak tahu kenapa ‘but for sure’, susah bila berlaku jujur dan orang salah erti terutama bila tiba-tiba dikaitkan”.
Kenyataan Neelofa itu dilihat seperti sengaja mengaitkan nama Fara atau mesra dipanggil Fafau di kalangan peminatnya.
Perkara ini berlaku ketika Neelofa ditanya oleh pihak media terbabit mengenai perasaannya mengenai tindakan pelakon Tasha Shilla yang seakan seperti memperlekehkannya ketika membuat pengumuman pemenang trofi bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular yang dimenangi Fafau.
Antara kenyataan yang diucapkan Neelofa kepada portal tersebut adalah seperti berikut, “sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu, dia tak tahu ke kita ni baik. Lofa cakap, “takpe, biarlah,”.
Hmm, mungkin Neelofa perlu belajar lagi bagaimana mahu menjawab soalan yang diajukan para media serta tidak sewenang-wenangnya memberikan kenyataan yang mampu memburukkan nama rakan artis yang lain. SUMBER

FAUZANA

Posting Komentar