Budak 12 Tahun Suspek Serangan Seks


SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun mungkin bertanggungjawab ke atas beberapa serangan seksual yang berlaku berhampiran Universiti Of Manchester beberapa bulan lepas.

Menurut polis, pihaknya sudah menyebarkan lakaran wajah suspek serangan kepada orang ramai. Suspek disyaki telah melakukan tiga serangan di sekitar kampus universiti itu.

Menurut Detektif Konstabel Pam Collins dari Balai Polis Longsight, selepas bercakap dengan beberapa mangsa, pihaknya berjaya mengtinjauankan lakaran wajah suspek yang dikehendaki.

“Jika dilihat dari lakaran, usia penyerang ini nampaknya muda dan ia betul-betul mengejutkan kami,” katanya.

Dua serangan pertama berlaku pada 21 September dan kedua-dua serangan berlaku dalam jarak masa 15 minit.

Seorang gadis berusia 27 tahun di serang di Lloyd Street North pada pukul 6.15 petang dan kemudian seorang gadis berusia 21 tahun pula diserang di Moss Lane East.

Manakala serangan ketiga pula berlaku pada 5 Oktober lepas di Manchester Science Park di Lloyd Street South di mana seorang wanita berusia 32 gtahun menjadi mangsa dua remaja lelaki.

Kesemua serangan itu dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama.

Pihak Polis mengklasifikasikan suspek sebagai seorang warga Asia, berusia 12 hingga 13 tahun dan kurus.


Sumber : Metro UK

Posting Komentar